Friday, December 18, 2009

Aktiviti 3: Kelas 181209- Kolokium Jan 2009

1. Bagaimana data dari pelbagai sumber dan teknik dianalisis
2. Apakah kekuatan dan kelemahan
3. Cadangkan penambahbaikan


Tajuk Pembentangan Jurnal 1: Meningkatkan Penguasaan Menulis & Membaca Jawi Di Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Melalui Kaedah Simulasi Komputer

Pengumpulan dan Penganalisis Data
1. Pemerhatian- Borang pemerhatian guru
2. Temubual pelajar- Persepsi/ pendapat/pandangan pelajar

Pemerhatian
Pemerhatian secara langsung ini memberi peluang kepada pengumpul data untuk memerhatikan tingkah laku dan reaksi pelajar terhadap kaedah simulasi komputer yang dijalankan. Tetapi, kehadiran pengumpul data contohnya, kehadiran guru pada situasi sebenar akan mempengaruhi dapatan kajian di mana pelajar mungkin tidak menunjukkan sikap dan perangai mereka sebenar.

Temubual Pelajar
Temubual dengan pelajar memberi peluang kepada guru untuk memahami dengan lebih lanjut tentang pandangan dan persepsi pelajar terhadap pembelajaran Jawi dan masalah-masalah yang dihadapi pelajar. Tetapi, kaedah ini mengambil masa yang panjang berbanding kaedah yang lain, kedudukan sosial pengumpul data mungkin mempengaruhi jawapan yang diberikan dan responden mungkin takut terhadap apa yang berkata akan digunakan mereka.

Cadangan penambahbaikan:
1. Menjalankan pemerhatian melalui rakaman video supaya dapatan kajian yang didapati benar dan menunjukkan sikap dan perangai sebenar pelajar.
2. Menjalankan kuiz sebelum dan selepas pelajar didedahkan dengan pembelajaran Kaedah Simulasi Komputer untuk membuat perbandingan antara sebelum dan selepas dan mengetahui tahap penguasaan pelajar.




Aktiviti 2: Kelas 181209- Pembentangan Jurnal

1. Pembentangan jurnal
2. Bagaimana data dari pelbagai sumber dan teknik dianalisis

Jurnal 1: Action Research In The Secondary Science Classroom: Student Response To Differentiated, Alternative Assessment

Pengumpulan dan Penganalisis Data
1. Soal selidik (Likert-Style)
  • 2 set soalan yang mengandungi 12 soalan masing-masing
  • 5 skala iaitu sangat bersetuju, setuju, neutral, tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju
  • Penggunaan Null hypothesisi- mean score, t-value, significance level for two-tailed t-test, sisihan piawai

2. Open-ended, two item questionnaire

  • Ditujukan kepada pelajar yang dipilih dari fasa kedua
  • Soalan ini fokus kepada jenis penilaian yang lebih disukai oleh pelajar dan kerasionalan masing-masing terhadap pemilihan tersebut

Aktiviti 1: Kelas 181209- Pembentangan Buku

1. Pembentangan buku
2. Bagaimana data dari pelbagai sumber dan teknik dianalisis


Practical Action Research For Change (2nd Edition)
Pengumpulan Data
1. Soal selidik
Soal selidik adalah satu dokumen bercetak yang menyenaraikan kenyataan-kenyataan yang perlu dijawab oleh individu secara bertulis. Soal selidik boleh bertanyakan tentang fakta, perasaan, pemikiran, tingkah laku; ia boleh dijalankan samaada secara ringkas atau rumit; samada menggunakan soalan yang terus memberikan jawapan atau 'rating scale'.

Soal selidik fakta mempunyai maklumat yang berkaitan dengan pengetahuan sedia ada individu. Ia biasanya memberikan pilihan kepada individu untuk memilih jawapan yang bersesuaian atau individu dikehendaki untuk menulis sendiri jawapan mereka atas kertas soal selidik. Contoh soalan, 'berapakah adik-beradik anda?'

Soal selidik tentang perasaan mempunyai maklumat yang berkaitan dengan perasaan individu. Contoh, 'siapakah antara 3 orang pelajar yang anda paling sukai?' dan pelajar perlu menyenaraikan 3 orang pelajar yang paling disukainya. Selain itu, ia turut menggunakan 'rating scale' seperti Likert Scale yang mempunyai lima peringkat iaitu: sangat bersetuju, setuju, neutral, tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju.


Soal selidik berkaitan dengan pemikiran. Antara satu cara untuk menilai pemikiran pelajar tentang sekolah adalah dengan memberikan mereka menuliskan jawapan yang ringkas dalam soal selidik. Contoh, ' Saya dapat belajar dengan paling berkesan semasa.....', 'Kerja rumah adalah...', 'perkara-perkara yang paling baik pada kelas ini adalah ....'.

Soal selidik tentang tingkahlaku adalah untuk menilai persepsi pelajar tentang tingkah laku mereka dan ia biasanya dijalankan dengan frekuensi 'rating scale' iaitu kekerapan mereka melakukan sesuatu dalam satu masa tertentu.

2. Temu Bual
Temubual adalah perbualan secara lisan. Temubual terbahagi kepada formal dan informal. Antara kebaikan kaedah temubual adalah maklumat dan data yang dikumpulkan dapat diperjelaskan, hubungan antara guru dengan pelajar dapat dieratkan, membantu pengumpulan data dari individu yang tidak dapat menuliskan perasaan dan pemikiran mereka dan pengumpulan data dapat dilakukan melalui rakaman video.

3. Pemerhatian
Pemerhati biasanya memerhatikan dan merakamkan apa yang mereka lihat dan dengar. Pemerhatian ini terbahagi kepada pemerhatian secara langsung dan pemerhatian dengan menggunakan media. Pemerhatian secara langsung adalah di mana pemerhati akan berada di situasi tersebut dan memerhati, mendengar dan membuat rakaman. Manakala pemerhatian melalui media iaitu pemerhati akan membuat pemerhatian melalui rakaman video dan audio yang telah dirakamkan.

Antara kebaikan kaedah pemerhatian adalah pengumpul data dapat mengumpulkan data berkaitan dengan tingkah laku pelajar selain daripada persepsi dan perasaan pelajar, pengumpul data dapat melihat segelintir perkara-perkara yang tidak dapat dilaporkan dan pengumpulan data dapat dilakukan melalui rakaman video.

4. Dokumen

Dokumen yang berkaitan dengan kajian tindakan adalah laporan sekolah, suratkhabar dan jurnal persendirian atau diari. Dengan adanya dokumen, isi kandungan analisis dapat digunakan untuk kepelbagaian penggunaan. Antara kebaikan dokumen adalah data yang dapat dari dokumen tidak dapat dipengaruhi oleh pengumpul data dan perkara-perkara yang berlaku pada suatu masa dapat dipelajari secara objektif.

Saturday, December 12, 2009

12-12-09 Aktiviti 4: Tugasan Mini Kajian Tindakan

Rujuk aktiviti 6,7,8,9 & 13 kelas 22-11-2009

12-12-09 Aktiviti 3: Ulasan Kolokium

1. Bentangkan 2 kajian tindakan dalam kolokium yang telah dihadiri
2. Fokuskan kepada prosedur kajian tindakan
3. Apakah penilaian anda terhadap kajian-kajian tersebut

12-12-09 Aktiviti 2: Ulasan Jurnal

  • Berdasarkan 3 jurnal yang telah dibaca, BAGAIMANA Kajian Tindakan dilaksanakan oleh 3 penulis yang berlainan?
  • Apakah persamaan dan perbezaan?
  • Bagaimana anda melakukan dengan kajian tindakan berdasarkan JURNAL dan BUKU yang telah dibaca?

12-12-09 Aktiviti 1: Ulasan Buku

  • Bagaimana Kajian tindakan boleh dilaksanakan?
  • Kaitkan dengan tugasan mini Kajian Tindakan

1.0 Refleksi pada masa dulu, sekarang dan masa hadapan

  • Pemikiran dan refleksi banyak berdasarkan apa yang telah berlaku pada masa lalu, sekarang dan bakal berlaku pada masa hadapan. (Martin Heidegger, 1962)
  • Berdasarkan tindakbalas dan respon pelajar terhadap kaedah pengajaran yang telah dijalankan samaada dari segi perubahan tingkahlaku atau pencapaian.

2.0 Mempraktikkan Kajian Tindakan

  1. Menilai situasi sebenar- sikap dan kebolehan pelajar
  2. Menetapkan objektif yang spesifik- penetapan objektif yang ingin dicapai dari pelajar
  3. Brainstorm Strategi Kajian Tindakan- pengetahuan sedia ada dan pengalaman lepas untuk pembentukan strategi kajian tindakan/ perbincangan penyelesaian masalah
  4. Melaksanakan Perancangan Kajian Tindakan- Melaksanakan strategi kajian tindakan yang telah ditetapkan, pengumpulan data boleh dibuat melalui soal selidik, temubual, pemerhatian, dokumen
  5. Memantau kajian yang dijalankan- memantau dari semasa ke semasa, membuat pengubahsuaian yang sesuai berdasarkan respon dan tindak balas pelajar
  6. Menilai Respon pelajar- persepsi dan sikap pelajar
  7. Menilai apa yang telah dipelajari pelajar- bagaimana pengumpulan data untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar
  8. Berdepan dengan dapatan kajian- membuat perbezaan antara objektif langkah 2 dengan jenis data yang dikumpul dalam langkah 7/ menentukan samada langkah yang diambil efektif atau tidak
  9. Membuat refleksi terhadap tindakan yang akan diambil-
  10. Menilai situasi baru dan menetapkan objektif baru yang ingin dicapai

Saturday, December 5, 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4- Kajian Tindakan

Berdasarkan kursus Psikologi Pendidikan/ Kaedah Mengajar/ Penaksiran Pembelajaran:
1. Apakah teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah (
http://tip.psychology.org/theories.html)
2. Bina kerangka teoritikal/ konseptual / operasional kajian

**Mesti selaras dengan pernyataan masalah dan tujuan/ objektif/ soalan kajian.

1) Pembelajaran Koperatif
Nenurut Kagan & Olsen (1992), Pk merupakan aktiviti pembelajaran dalam kumpulan yang berstruktur di mana pembelajaran bergantung kepada pertukaran maklumat secara sosial antara ahli kumpulan, setiap murid adalah bertanggungjawab atas pembelajaran individu dan juga ahli kumpulannya.


Johnson& Johnson dan Holubec (1993), menyatakan Pk sebagai pembelajaran dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 2 hingga empat pelajar yang bersifat heterogen untuk memaksimakan pembelajaran setiap ahli kumpulan bagi mencapai matlamat bersama.


Seorang lagi pakar dalam Pk, Slavin (1985), menakrifkan Pk sebagai pengajaran melalui kumpulan kecil yang heterogen yang berstruktur dan sistematik, beliau mendapati ia sesuai untuk semua mata pelajaran dan juga murid dari setiap peringkat.


Walaubagaimanapun, Pk bukan sahaja mengumpulkan semua pelajar supaya duduk bersama-sama untuk berkongsi bahan pembelajaran dan berinteraksi sambil menyiapkan tugasan yang diberikan guru. Menurut D.W.Johnson dan R.T Johnson (1989) dan Kagan (1992), Pk yang berkesan dalam proses P&P perlu memenuhi kelima-lima prinsip berikut:


a. Hubungan saling gantung yang positif
Setiap ahli kumpulan perlu mempunyai persepsi bahawa mereka perlu saling bergantungan untuk mencapai matlamat tugasan yang diberikan, kejayaan seseorang ahli merupakan kejayaan semua ahli kumpulan, kegagalan seorang ahli merupakan kegagalan semua ahli kumpulan.


Untuk mewujudkan suasana saling bergantungan antara pelajar, guru boleh merancang matlamat bersama untuk semua ahli kumpulan, memberi ganjaran kepada kumpulan sekiranya setiap ahli dapat mencapai kriteria yang telah ditetapkan.


b. Akauntabiliti individu
Setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab untuk menunjukkan pencapaian pembelajaran individu. Ini dapat dilaksanakan dengan penilaian berterusan terhadap pencapaian pelajar memberi ujian terhadap mereka atau memilih secara rawak beberapa orang pelajar untuk menjawab soalan yang ditujukan dan markah yang diperolehi diberikan kepada kumpulan.


c. Interaksi bersemuka
Untuk meningkatkan prestasi ahli kumpulan, ahli kumpulan perlu berinteraksi antara satu sama lain untuk berbincang, berkongsi maklumat dan memberi usaha terhadap usaha ahli kumpulan. Kedudukan tempat boleh disusun supaya setiap ahli dapat bersemuka.


d. Kemahiran sosial
Guru perlu mengajar kemahiran tersebut secara terancang dan teliti, antaranya ialah kemahiran berkomunikasi, mengurus konflik, memimpin, membuat keputusan, memberi galakan, mendengar dan mengikut giliran. Kemahiran sosial turut penting untuk mewujudkan interaksi yang berkesan antara ahli kumpulan dari budaya dan etnik yang berbeza.

e. Pemprosesan kumpulan
Ahli kumpulan menilai semula usaha mereka serta kemajuan pencapaian mereka. Ini membolehkan ahli kumpulannya berfokus pada matlamat utama, berusaha memperbaiki kemahiran sosial, memastikan semua ahli kumpulan mendapat maklumbalas terhadap sumbangan masing-masing dan mengingatkan ahli kumpulan supaya terus berusaha.2)




2) Teori Konstruktivisme
Menurut Bruner (1985) dan Von Glaserfeld (1980), ia merupakan proses pembelajaran menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia dan berpegang kepada konsep melalui pengalaman sedia ada pelajar yang akan membina kefahaman masing-masing tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan.


Dengan kata lain, teori ini menjelaskan bahawa setiap manusia akan menjana prinsip kefahaman dalam minda sebagai model mengikut pengalaman yang sedia ada supaya ia dapat disesuaikan dengan pengalaman baru yang akan diterima.


Ia juga melibatkan pengaplikasian kemahiran berfikir seperti menganalisis, mengintegrasi dan membuat refleksi serta membentuk kefahaman baru tentang sesuatu konsep dengan mengintegrasikan pengalaman sedia ada dan pengetahuan baru.


Ia menekankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar, guru berperanan membantu membina kefahaman pelajar melalui kaedah yang sesuai mengikut tahap kemajuan pelajar masing-masing.


Pelajar diberi peluang melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran agar mereka dapat mempelajari sesuatu dengan melibatkan diri dalam aktiviti kelas (Von Glaserfeld, 1996; Neo &Neo, 2002; Hirumi, 2002). Belajar itu adalah hasil usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk mereka.


Maka, pelajar bertanggungjawab untuk mencari pelbagai kaedah untuk memproses maklumat dan menyelesaikan masalah supaya mereka tidak menganggap guru sebagai pembekal maklumat tetapi hanya sebagai suatu sumber pengetahuan untuk membantu mencari maklumat dan menggalakkan berfikir serta berkomunikasi.


Mereka diberi peluang membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang dipelajari dan mencapai objektif pembelajaran mereka. Akhirnya, pelajar dapat belajar bagaimana menyerap dan memperoleh informasi baru yang dikehendaki untuk membina pengetahuan baru berasaskan pengetahuan sedia ada. (Wong et. al, 2003).


Kerangka Konseptual

Kerangka Operasional




Aktiviti 12: Pemurnian

Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan pernyataan masalah, tujuan dan objektif kajian.

Tajuk: Kaedah Jig-Saw Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Pernyataan Masalah:
1. Adakah Kaedah Jig-Saw meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses P&P?
2. Adakah Kaedah Jig-Saw membantu pelajar lebih memahami tajuk pengajaran?
3. Adakah Kaedah Jig-Saw meningkatkan kerjasama antara pelajar dalam proses P&P?

Tujuan:
1. Meningkatkan minat, penglibatan dan kerjasama antara pelajar dalam proses P&P.

Objektif:
1. Pelajar dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan secara berkumpulan.
2. Pelajar dapat menyelesaikan soalan kuiz yang diberikan pada akhir pembelajaran.

Aktiviti 11: Jurnal

Berdasarkan 3 jurnal:
1. Apa pernyataan masalah dalam Kajian?

2. Bagaimana mereka melapor pernyataan masalah?
3. Bincang, bentang dan laporkan.


Jurnal 1:

Action Research In The Secondary Science Classroom: Student Response To Differentiated, Alternative Assessment
Pernyataan Masalah:
1. Respon pelajar terhadap kepelbagaian kaedah pengajaran (Tomlinson, 1999) dan penilaian alternatif (Mueller, Waters, Smeaton & Pinciotti, 2001).

Jurnal 2:
Elementary Teachers' Teaching For Conceptual Understanding: Learning From Action Research
Pernyataan Masalah:
1. Pembelajaran guru melalui kajian tindakan dengan:
a. Pandangan guru terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains
b. Pembelajaran guru terhadap amalan pengajaran mereka

Jurnal 3:
Action Research and The Professional Development of Graduate Teaching Assistants
Pernyataan Masalah:
1. Penyediaan kursus kajian tindakan untuk program sarjana muda bagi memperkembangkan kepakaran pembantu guru

Aktiviti 10: Ulasan Buku

Berdasarkan buku,
1. Apa pernyataan masalah dalam kajian
2. Bagaimana mereka melapor pernyataan masalah

Sunday, November 22, 2009

Aktiviti 9: Tugasan 4- Mini Kajian Tindakan

Matlamat:

1. Mengalakkan penglibatan pelajar dalam menjana idea secara individu dan berkumpulan.

Objektif:

1. Pelajar dapat bekerjasama dengan baik dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.
2. Pelajar dapat membentangkan hasil kerja mereka.

Persoalan:

1.Adakah Kaedah Jig Saw dapat membantu pelajar lebih memahami tajuk pembelajaran?

Aktiviti 4: Tugasan Mini Kajian Tindakan

Tajuk: Kaedah Jig Saw Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Peserta Kajian: Pelajar Perdagangan/Keusahawanan
Setting Kajian: Bilik Darjah

Aktiviti 8: Tugasan 4- Mini Kajian Tindakan

Cadangan untuk mengatasi kelemahan kaedah pengajaran Jig Saw:

1. Membuat senarai semak untuk memastikan setiap ahli kumpulan dapat memahami tajuk yang diberikan.
2. Ahli-ahli kumpulan yang lain perlu membuat persediaan awal iaitu mencari maklumat tentang tajuk yang diberikan.
3. Guru boleh memberi tajuk lebih awal supaya pelajar dapat mencari sumber-sumber yang diperlukan.
4. Perancangan aktiviti Jig Saw yang bersesuaian dengan tahap penguasaan dan kebolehan pelajar untuk menarik minat dan penglibatan pelajar.
5. Peranan guru sebagai fasilitator untuk penstrukturan kumpulan dan pengawalan masa supaya mengurangkan konflik antara pelajar dan memastikan aktiviti dapat dilaksanakan dalam masa yang diperuntukkan dan objektif aktiviti tercapai.

Aktiviti 7: Tugasan 4- Mini kajian Tindakan

Huraikan kelemahan kaedah pengajaran Jig Saw berdasarkan pengalaman/ refleksi individu, pasukan, luar pasukan dan buku atau jurnal:

1.
Penerimaan pemahaman yang berbeza daripada individu yang berlainan.
2. Seseorang pelajar mungkin hanya pakar atau mahir dalam tajuk tertentu.
3. Perbincangan yang dijalankan mengambil masa yang panjang.
4. Tidak sesuai untuk kelas yang hujung disebabkan kurang minat dan penglibatan pelajar terhadap aktiviti yang dijalankan.
5.Kemungkinan wujud konflik antara ahli kumpulan disebabkan pandangan dan idea yang berlainan.


Pemurnian
(Perdagangan)

1. Pengajaran 'Chalk and Talk' yang membosankan dan pelajar hanya berperanan sebagai pendengar terhadap apa yang diajar oleh guru.

2. Pengajaran yang kurang melibatkan kerjasama antara pelajar sekelas.
3. Pengajaran yang kurang menggalakkan pemberian pendapat dan idea-idea pelajar.


Matematik

1. Jalan kerja bagi suatu soalan adalah panjang dan dan perlu memastikannya adalah betul dan untuk mendapat jawapan yang tepat.
2. Pembelajaran Matematik dianggap sebagai satu matapelajaran yang sukar dan membosankan. Dalam struktur bilik darjah tradisional, proses P&P Matematik lebih menekankan penghafalan formula dan latih tubi, kemahiran menjawab soalan peperiksaan dan pengajaran yang berpusatkan guru.

(Tajuk jurnal: Kesan pembelajaran Koperatif Terhadap sikap dan pencapaian Matematik bagi murid-murid sekolah rendah di sekitar bandar Kuching. Penulis: Koh Lee Leng, Choy Sau Kum, Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong, Seah Ai Kuan)

Sains

1. Terlalu banyak fakta yang perlu dihafal dan diingat

2. Guru Sains membuat demonstrasi atau menayangkan video eksperimen kepada pelajar-pelajar untuk menjimatkan masa kerana takut kekurangan masa untuk menghabiskan silibus pengajaran.

3. Pelajar mudah lupa dan kurang faham sekiranya pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara kuliah. (Tajuk jurnal: Promoting Cooperative Learning in Science and Mathematics Education: A Malaysian Perspective. Penulis: Effandi Zakaria dan Zanaton Iksan)

4. Terdapat beberapa orang pelajar sahaja yang cuba menyuarakan pendapat dalam perbincangan yang dijalankan malangnya majoriti pelajar hanya menundukkan muka dan berdiam diri. (Tajuk Jurnal : Kepentingan Pemikiran dan Amalan Refleksi dalam Pengajaran Sains Di Kawasan Luar Bandar. Penulis: Nor Hasniza Ibrahim, Johari Surif dan Muhammad Yusof Arshad)



Aktiviti 6: Tugasan 4- Mini Kajian Tindakan

Huraikan kekuatan kaedah pengajaran Jig Saw berdasarkan pengalaman/ refleksi individu, pasukan, luar pasukan dan buku atau jurnal:

1. Menjimatkan masa untuk membaca dan memahami suatu isi kandungan topik.

2. Meningkatkan kemahiran interaksi sosial melalui perbincangan dengan rakan-rakan yang lain.

3. Menerapkan nilai murni seperti bekerjasama dan toleransi antara pelajar semasa kerja dalam kumpulan.

4. Penerimaan idea yang pelbagai.

5. Meningkatkan tahap kefahaman pelajar mengenai topik yang diberikan dengan mengajar antara satu sama lain.

6. Mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang kreatif, menyeronokkan, berkesan dan bermakna kepada pelajar.

Saturday, November 14, 2009

AKTIVITI 3: Kolokium DPLI Januari'09

Tajuk Kajian Tindakan:
Meningkatkan Penguasaan Menulis Dan Membaca Jawi Di Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Melalui Kaedah Simulasi Komputer

Tujuan:
Mengenalpasti penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam membaca dan menulis Jawi.

Kesesuaian tajuk dengan maksud kajian tindakan:
1. Tajuk kajian tindakan ini kurang bertepatan dengan maksud kajian tindakan dan sepatutnya ditukarkan kepada Penggunaan Kaedah Simulasi Komputer Dalam Meningkatkan Penguasaan Membaca dan Menulis Jawi Di Kalangan Pelajar Tingkatan 2.
2. Pengambilan sampel 28 orang pelajar terlalu kurang di mana kajian tindakan sepatutnya mempunyai sampel minimum 30 orang.

Tajuk Kajian Tindakan:
Peranan Soal Jawab pelajar untuk Meningkatkan Minat Dan Penglibatan Pelajar Dalam Subjek Biologi

Tujuan:
Membantu pelajar meningkatkan minat dan penglibatan mereka dalam kelas subjek Biologi.

Kesesuaian tajuk dengan maksud kajian tindakan:
1. Tajuk ini bertepatan dengan maksud kajian tindakan di mana ia bersifat meneroka, melihat proses keseluruhan dan menambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggalakkan penglibatan dan minat pelajar terhadap Biologi.
2. Sampel kajian seramai 50 pelajar turut menepati maksud kajian tindakan di mana minimum 30 orang sampel.

AKTIVITI 5: Tugasan Buku& Mini Kajian Tindakan

Mengapakah guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu menjalankan kajian tindakan:

Guru Pelatih:

  • Untuk memahami situasi sebenar di sekolah sebagai panduan masa hadapan
  • Sebagai rujukan untuk menangani masalah yang bakal dihadapi di sekolah
  • Sebagai pembelajaran seumur hidup
  • Untuk melatih diri sendiri menjadi seorang pendidik yang kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
  • Untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dan bermakna kepada pelajar di mana guru boleh mengaitkan pengajaran dengan kehidupan harian

Guru Novis:

  • Mengenalpasti masalah yang dihadapi, punca-punca masalah dan cara-cara penambahbaikan
  • Memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada supaya menyesuaikan dengan tahap penguasaan dan kebolehan pelajar
  • Pembelajaran seumur hidup
  • Melahirkan model insan yang mempunyai jati diri yang kuat, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selaras dengan keperluan negara maju 2020
  • Meningkatkan interaksi sesama guru dan antara guru dengan pelajar

Guru berpengalaman:

  • Hasil dapatan dari kajian tindakan dijadikan sumber rujukan kepada guru pelatih dan guru novis
  • Pembelajaran seumur hidup
  • Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam dalam usaha membawa kemajuan dan pembaharuan
  • Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu
  • Menambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada hingga mantap supaya berkesan kepada pelajar

Tujuan pemilihan tajuk:

  1. Memberi peluang kepada pelajar belajar antara satu sama lain.
  2. Meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam membentangkan hasil kerja mereka depan kelas dan proses pengajaran rakan-rakan yang lain tentang tajuk yang diberikan.
  3. Meningkatkan kefahaman pelajar melalui penerokaan sendiri terhadap tajuk yang diberikan.
  4. Melatih kemahiran memimpin pelajar dengan bekerja dalam kumpulan contoh dari segi pembahagian tugasan, pengurusan masa, pemilihan strategi pelaksanaan dan membuat keputusan.
  5. Melatih kemahiran interaksi sosial pelajar dari segi pemberian pendapat tentang pembentangan atau jawapan rakan-rakan dan penerimaan pendapat atau komen orang lain.
  6. Mengalakkan kerjasama antara pelajar.
  7. Membentuk proses P&P yang menyeronokkan dan bermakna kepada pelajar.

AKTIVITI 1: Tugasan Buku

Tajuk Buku: Practical Action Research For Change (2nd Edition)
Richard A. Schmuck

Maksud Kajian Tindakan:
Kajian Tindakan meliputi proses pembelajaran tentang situasi sebenar yang dihadapi untuk menambahbaikkan proses dan pencapaian yang sedia ada. Melalui perlaksanaan kajian tindakan, seseorang dapat menukarkan amalan yang sedia ada kepada sesuatu prosedur, strategi pengajaran dan kurikulum yang lebih efektif. Diingatkan juga, kajian tindakan adalah satu proses berterusan dan berulangan yang perlu diterapkan dalam amalan sedia ada.

Menurut Jean Mcniff (1997), beliau menyatakan bahawa kajian tindakan yang dijalankan perlu mendatangkan dua perubahan yang berasarkan dua fokus. Fokus yang pertama adalah teori seseorang guru tentang bagaimana pelajarnya belajar. Fokus kedua adalah hasil yang pelajar perolehi dari proses pengajaran yang diamalkan. Beliau turut menyatakan bahawa kajian tindakan merupakan satu pengumpulan data untuk menyakinkan seseorang untuk menjalankan perubahan terhadap teori atau amalan yang sedia ada.

Secara keseluruhannya, kajian tindakan merupakan satu proses yang dirancang, berterusan dan sistematik tentang pembelajaran amalan yang sedia ada dan mencari alternatif lain untuk menambahbaik hasil dapatan.




Sunday, November 8, 2009

Tugasan 1: Ulasan Buku- Apa Itu Kajian Tindakan?

APA ITU KAJIAN TINDAKAN???

The action of action research…implies change in people’s lives and therefore in the system in which they live
-
J. Mcniff and J.Whitehead (2000)

Action research is…conducted by…the people empowered to take action… for the purpose of improving their future action.
-Richard Sagor (2005)

Kajian Tindakan adalah:
Suatu aktiviti profesional yang berterusan dan berkitar dimana ia perlu diintegrasikan dalam kebiasaan seseorang dan bertujuan untuk penambanhbaikan.

Sesuatu yang praktikal kerana data yang dikumpul boleh membawa perubahan terhadap kelas atau sekolah dengan segera selepas kajian tersebut.

Melibatkan kerjasama antara guru dengan pelajar dan guru dengan guru. Setiap orang yang terlibat boleh mempengaruhi dan memberi sumbangan yang sama rata terhadap kajian

Sentiasa bersedia untuk memberi penyelesaian berdasarkan pendapat yang berlainan daripada peserta kajian tersebut

Bertindak sebagai agen perubahan seperti pertanyaan pelajar tentang kaedah pengajaran guru untuk mendapatkan maklum balas tentang kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan
(Buku: Practical Action Research For Change 2nd edition)

Kajian tindakan merupakan:
proses di mana manusia bertanya secara individu dan secara kolektif dalam kehidupan sebenar mereka, 'Bagaimanakah saya memperbaiki dengan apa yang saya sedang lakukan untuk kebaikan semua?’

kajian di mana penyelidik berada dalam situasi

Satu nama diberi berdasarkan aliran baru-baru ini dalam pendidikan dan penyelidikan sosial di mana "Saya" diletakkan sebagai pusat dalam proses-proses pertanyaan.

Satu bentuk kajian diri sendiri, atau pertanyaan sebagai orang pertama.
(Buku: You And Your Action Research Project)


Menurut Burns (1999), Kajian Tindakan adalah:
1. Kontekstual- ia mengenalpasti dan menyiasat masalah dalam situasi yang spesifik.
2. Ia melibatkan penilaian dan refleksi kerana ia bertujuan membawa perubahan dan penambahbaikan dalam amalan yang diamalkan.
3. Ia melibatkan pembelajaran kolaboratif antara rakan sekerja dan penyelidik kajian.
4. Perubahan dalam amalan adalah berdasarkan pengumpulan data dan maklumat yang menyokong kepada perubahan.

Prosedur Kajian Tindakan Proaktif:

Langkah-langkah Kajian Tindakan Proaktif
1. Menyenaraikan objektif yang ingin dicapai dan halangan-halangan yang perlu diatasi.
2. Mencuba amalan yang baru untuk mendatangkan kesan yang berlainan kepada pelajar atau membawa kesan yang lebih baik.
3. Pengumpulan data secara kerap dan berterusan untuk mengetahui tentang respon dan perubahan tingkah laku pelajar. Contohnya, soal selidik, pemerhatian dan temu bual.
4. Menyemak data yang telah dikumpulkan. Perbincangan mingguan untuk menganalisis hasil tugasan kerja kumpulan, pertukaran pendapat antara rakan sekerja dan pendedahan prosedur penilaian kepada persatuan ibu bapa.
5. Membuat refleksi dalam cara-cara alternatif untuk dipraktikkan. Guru membuat refleksi pada dulu, sekarang dan masa depan atas amalan yang diamalkan.
6. Ulang semula amalan. Guru melaksanakan idea-idea yang diberikan oleh rakan sekerja yang lain tentang kaedah pengajaran yang baru. Guru menyediakan penerangan kepada ibu bapa tentang portfolio penilaian.



Prosedur Kajian Tindakan Responsif:

1. Pengumpulan data untuk mendiagnos situasi sebenar- soal selidik, temu bual, pemerhatian
2. Penganalisasian data bertepatan dengan tajuk dan pemikiran idea-idea tindakan
3. Pembahagian data kepada orang ramai dan pemberitahuan tentang perubahan yang akan diambil
4. Senaraikan objektif yang ingin dicapai dan halangan-halangan yang perlu diatasi
5. Membuat percubaan amalan kaedah pengajaran yang baru untuk mendatangkan kesan yang berlainan
6. Pengumpulan data untuk mengetahui tentang bagaimana respon dan reaksi yang lain dan untuk mendiagnos situasi baru (mengulang balik dari langkah pertama)

3 Fasa Kajian Tindakan:
1. Fasa Permulaan


  • Richard Sagor (2005) mengelar fasa ini sebagai 'penyelidikan untuk tindakan'.
  • Dalam kajian tindakan proaktif, tindakan dimulakan sebelum pengumpulan data; oleh itu, penyelidikan merangkumi refleksi pada pengalaman lepas, pengetahuan sedia ada, dan perbincangan dengan rakan sekerja.
  • Dalam kajian tindakan responsif pula, pengumpulan data mendahului penyelidikan; oleh itu, penyelidikan untuk tindakan merangkumi pengumpulan data melalui soal selidik, temubual, pemerhatian dan dokumen.
  • Contoh:- pencarian dan penggunaan bahan kurikulum baru, diagnos kebolehan, sikap, konsep, perasaan, persepsi dan kemahiran pelajar, menilai bagaimana keselesaan dan keselamatan antara satu sama lain, pengenalan kaedah pengajaran yang inovatif.

2. Fasa Pengesanan

  • Fasa pengesanan melibatkan pemantauan dan pengubahsuaian tindakan dari semasa ke semasa.
  • Fasa ini melibatkan refleksi pada apa yang berlaku sekarang.
  • Sagor (2005) menamakan fasa ini sebagai 'penyelidikan dalam Tindakan' yang bersamaan dengan apa yang dinyatakan Micheal Scriven (1980) 'penilaian formulatif'.
  • Contoh:- temubual pelajar tentang tindak balas mereka terhadap bahan kurikulum baru yang dijalankan, memerhatikan bagaiman pelajar yang berlainan kebolehan, sikap, konsep, dan kemahiran bertindak balas secara berlainan dalam kelas, pengumpulan soal selidik sekali seminggu berkaitan dengan persepsi pelajar berkaitan dengan kaedah pengajaran inovatif.

3. Pengadilan

  • Dalam fasa ini, pengumpulan dapatan kajian secara keseluruhan sepanjang perjalanan kajian dan kesan ke atas pelajar.
  • Sagar (2005) menamakan fasa ini sebagai 'penyelidikan tindakan'. Pengadilan merangkumi refleksi pada apa yang berlaku lepas, ia merupakan satu inkuiri sistematik terhadap apa yang telah dicapai dengan perlaksanaan tindakan baru.
  • Contoh:- menjalankan ujian atas tahap kefahaman pelajar dengan kurikulum baru yang dijalankan, pemerhatian tentang bagaimana pelajar yang berlainan karakter bertindakbalas atas kepelbagaian tugasan yang diberikan, menguji tahap kefahaman pelajar dalam matapelajaran akademik seperti Sains, Matematik dan Sains Sosial.


Tugasan 2: Ulasan Jurnal Kajian Tindakan

Ulasan Jurnal 1: Action Research In The Secondary Science Classroom: Student REsponse To Differentiated, Alternative Assessment.

Abstrak:
Tujuan kajian ini adalah untuk belajar tentang pelajar persepsi tentang model pengajaran dan pembelajaran yang berbeza dan pelbagai. Dapatan kajian ini menunjukkan kebanyakan pelajar lebih berminat dalam penggunaan model pengajaran yang berbeza dan pelbagai berbanding dengan cara pengajaran tradisional.

Pengenalan:
Jurnal ini membincangkan perkongsian pengalaman penulis iaitu seorang guru Sains sekolah menengah yang telah menggunakan kepelbagaian dan kelainan cara pengajaran dan pembelajaran seperti projek, pembentangan, persembahan dan sebagainya untuk menguji reaksi pelajar terhadap kaedah pengajaran tersebut. Penulis telah bertindak memberitahu semua pelajarnya tentang cara perlaksanaan kaedah penilaian ini supaya mereka faham dan tahu akan apa yang perlu mereka lakukan.

Pelajar dari kelas yang dipilih dikehendaki membentuk kumpulan dan menyelesaikan lima tugasan yang telah diberikan. Di samping itu,guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan memberi penilaian terhadap tugasan pelajar. Semasa perjalanan aktiviti, guru turut akan memerhatikan perubahan tingkahlaku, kerjasama dan cara interaksi pelajar.

Metodologi Kajian:
1. Borang rubrik untuk menilai tugasan pelajar dari segi ketepatan, kebenaran, pendapat, perkaitan dengan bidang yang dipelajari, penerangan asal terhadap tajuk tertentu dan penilaian terhadap cara pelajar membuat implikasi sebenar yang dihapai dengan dunia sebenar.

2. Soal selidik terbuka

3. Kajian reaksi pelajar

Dapatan kajian:
1. Pelajar lebih berminat terhadap kaedah kepelbagaian tugasan ini berbanding dengan kaedah tradisional soalan aneka pilihan disebabkan mereka berpeluang untuk bekerja bersama dengan rakan-rakan yang lain dan memberi peluang kepada mereka untuk lebih kreatif. Selain itu, mereka turut merasa kaedah ini seronok, senang, kurang tekanan dan membantu dalam pembelajaran.

Kekurangan:
1. Tiada data yang didapatkan untuk menilai samada pelajar benar-benar lebih memahami apa yang dipelajari dan mendapat keputusan yang lebih baik dengan penggunaan kaedah ini.
2. Penggunaan sample kajian yang kecil.
3. Perbandingan kaedah yang hanya dibuat dengan soalan aneka pilihan sahaja tidak dapat memberikan gambaran yang jelas tentang reaksi pelajar terhadap kaedah tradisional yang lain.

Rumusan:
3 soalan yang dikemukakan untuk kajian yang akan datang:
a. Adakah pelajar mencapai kefahaman yang lebih tinggi?
b. Adakah terdapat satu pertalian antara cara pembelajaran pelajar dengan pemilihan penilaian?
c. Apakah peranan kaedah penilaian tradisional dalam kepelbagaian dan perbezaan
penilaian?

Ulasan Jurnal 2: Elementary Teachers' Teaching for Conceptual Understanding: Learning From Action Research

Abstrak
Kajian tindakan ini merekodkan pembelajaran guru terhadap tahap kefahaman pelajar. Kajian ini mengaji pandangan guru terhadap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains, pembelajaran guru tentang cara pengajaran mereka dan situasi yang mendorong pembelajaran guru melalui kajian tindakan. Metodologi kajian ini adalah perbincangan antara 14 orang guru berpengalaman, rakaman video persendirian, refleksi individu dan laporan kajian tindakan.

Pengenalan
Peranan guru sebagai pengkaji bukan setakat hanya merancang proses pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan proses P&P, malah ia turut melibatkan refleksi pada diri sendiri ( Cochran-Smith & Lytle, 1993; Kraft, 2002; Lytle & Cochran-Smith, 1990; Tabachnick & Zeichner, 1999) tentang proses P&P yang dijalankan supaya sentiasa mempelbagaikan kaedah pengajaran yang digunakan. Kajian mengenai tahap kefahaman pelajar merupakan perkara yang penting dalam mata pelajaran Sains. Guru perlu membantu pelajar dalam menstrukturkan idea mereka supaya setara dengan konsep Sains. (Vygotsky, 1986)

Metodologi Kajian
1. Kajian Tindakan: Projek Pengajaran Untuk Kefahaman Konsep Sains.
( 14 orang guru Sains)
Kajian ini telah berlangsung selama 8 minggu. Tujuan adalah mengenalpasti idea-idea dan penaksiran pelajar dalam Sains dan membangunkan pemahaman konsepsi pelajar melalui pengajaran.
Kajian ini mengandungi 3 fasa iaitu merancang, mengajar dan refleksi. 4 minggu yang pertama, guru-guru telah didedahkan dengan kepelbagaian kaedah pengajaran melalui pembacaan jurnal-jurnal tentang Pendidikan Sains. Selepas itu, guru perlu merancang satu siri pengajaran yang membantu pelajar dalam pemahaman konsepsi.
Guru-guru akan membuat rakaman video sepanjang proses P&P dan membuat refleksi tentang pengajaran mereka.
Guru akan menilai perkembangan pelajar melalui ujian yang dijalankan sebelum dan selepas proses pengajaran tersebut.

Dapatan Kajian
Melalui kajian yang dijalankan ini, hands on aktiviti dan penerokaan merupakan kaedah yang paling efektif kepada pelajar disebabkan pelajar dapat terlibat secara langsung terhadap apa yang dipelajari dan dapat memahaminya dengan lebih baik.

Rumusan
1. Guru menyokong bahawa kepentingan mendapatkan kefahaman awalan pelajar dalam pengajaran Sains dan kepelbagaian peringkat kefahaman epistomologi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar.
2. Guru mendapati bahawa kajian tindakan adalah satu cara bagi menilai proses pengajaran mereka dan sebagai panduan dalam menjalankan pengubahsuaian atas cara pengajaran mereka.
3. Guru mengetahui tentang kepentingan pembelajaran kolaboratif melalui perkongsian objektif, masalah dan cara penyelesaian untuk mewujudkan satu keadaan yang menggalakkan pembelajaran.

Ulasan Jurnal 3: Action Research and the Professional Development of Graduate Teaching Assisstants

Abstrak
Kajian ini mengkaji sama ada perlaksanaan kajian tindakan sebagai salah satu daripada seminar graduan dapat mempengaruhi pembangunan profesional pembantu pengajar yang mengajar dalam bahasa asing. Dapatan kajian ini menunjukkan pembantu pengajar telah dapat memperolehi kefahaman yang lebih mendalam tentang pelaksanaan kajian tindakan, lebih menghargai pembelajaran kolaboratif sesama lain dan didedahkan dengan amalan-amalan pengajaran yang baru.

Pengenalan
Kajian yang telah dijalankan sebelum ini menunjukkan bahawa pendidikan pembantu pengajar bahasa asing telah ketinggalan satu dekad berbanding dengan tenaga pengajar yang lain (Freeman & Johnson, 1998). Ia menunjukkan kekurangan perhatian yang diberikan dalam membantu mereka menaja pengetahuan tentang pengajaran, cara-cara pembangunan kemahiran mengajar, cara menghubungkaitkan teori dan amalan and bagaimana pengalaman lepas mempengaruhi sistem kepercayaan mereka.(Cochran-Smith & Lytle, 1993; Freeman & Richards, 1996)

Metodologi Kajian
Pemberian projek kajian tindakan antara 7 orang pembantu pengajar ( 5 perempuan dan 2 lelaki) yang mempunyai ijazah sarjana muda yang berlainan.
1.Pembacaaan profesional jurnal

2. Esei Refleksi

3. Projek Kajian Tindakan

Dapatan Kajian
1.Pembantu pengajar bahasa kedua ini telah mendapat ilmu pengetahuan dan kefahaman yang lebih mendalam tentang kajian tindakan. Mereka telah didedahkan dengan kepelbagaian pendekatan-pendekatan dan pembolehubah yang terlibat dalam perjalanan kajian.

2. Mereka lebih menghargai kerjasama antara satu sama lain dan pembelajaran kolaboratif sesama lain. Mereka dapat belajar sesama lain, berinteraksi dan berkongsi idea dan pendapat sesama lain.

Rumusan
Dapatan kajian telah menunjukkan pelaksanaan kursus kajian tindakan dalam pembelajaran ijazah sarjana muda dapat mendatangkan kesan yang positif dan mendadak dalam pembangunan profesional dengan perluasan persepsi mereka tentang kajian tindakan yang membantu mereka lebih menghargai kerjasama ahli dan dapat melaksanakan amalan pedagogi yang baru. Kajian tindakan memerlukan pemerhatian, penilaian dan refleksi yang sistematik merupakan unsur-unsur yang penting dalam pendidikan guru.


Tugasan Kelas: Nota Bab 2: Model, Konsep dan Reka Bentuk Kajian Tindakan

MOdel-Model Kajian Tindakan

MODEL KAJIAN TINDAKAN ( STEPHEN KEMMIS)
**** Masalah tidak diketahui. Kenapa ia berlaku

a. Tajuk kajian
b. Latar belakang kajian
c. Fokus/ isu/ perkara yang membangkitkan/ ingin melihat
d. Rancangan/ Rancangan tindakan/ Pelan
e. Pelaksanaan rancangan/ tindakan/ eksperimen
f. Refleksi

LINGKARAN 2

a. Perancangan/ rancangan tindakan masalah baik isu yang dipilih
b. Pelaksanaan/ Tindakan/ eksperimen/ semasa menjalankan tindakan
c. Perhatian/ dapatan data kajian/ kiraan statistik/ huraian dapatan
d. Refleksi/ perbincangan dapatan/ isu-isu yang dibaiki

MODEL KAJIAN TINDAKAN (KURT LEWIN)
**** Digunakan apabila masalah kajian telah diketahui.

a. Tajuk kajian
b. Latar belakang kajian
c. Fokus/ Isu/ Perkara yang membangkitkan/ Ingin melihat
d. Tindakan biasa/ Situasi isu sekarang/ Asal usul perkara/bacaan/ tidak puas
e. Perancangan/ Rancangan tindakan/ Pelan
f. Pelaksanaan rancangan/ tindakan/ eksperimen/ Semasa menjalankan tindakan
g. Perhatian/ dapatan data kajian/ kiraan statistik/ Huraian dapatan dalam jadualRefleksi/ perbincangan dapatan/ Isu-isu yang didapati/ sumbangan hasil

** Refleksi boleh wujud di mana-mana bahagian


MODEL KAJIAN TINDAKAN (JOHN ELLIOT)
Tujuan : untuk membuktikan sesuatu teori/ Model. Biasa digunakan oleh doktor perubatan.

a. Tajuk kajian
b. Latar belakang kajian
c. Kenalpasti idea/ Fokus/ Masalah kajian/ Teori
d. Tinjauan : Cara fakta dan analisis kenyataan
e. Perancangan Tindakan

Tindakan 1
Tindakan 2
Tindakan 3
Tindakan 4
Huraikan semua dapatan tindakan di atas, pelaksanaan dan kesannya.
f. Refleksi : Huraian kejayaan

MODEL KAJIAN TINDAKAN (EPRD)
a. Abstrak
b. Refleksi P & P
c. Isu keperihatinan / Fokus kajian
d. Objektif kajian
d.i. Objektif am
d.ii. Objektif khusus
e. Kumpulan sasaran
f. Pelaksanaan Kajian
f.i. Tinjauan masalah
f.ii. Analisis tinjauan masalah
f.iii. Tindakan yang dijalankan
f.iv. Pelaksanaan Tindakan dan pemerhatian/ Penilaian
f.iv.i. Pelaksanaan aktiviti 1 – Pemerhatian, Refleksi
f.iv.ii. Pelaksanaan aktiviti 2 – Pemerhatian, Refleksi
g. Refleksi kajian
g.i. Penilaian pencapaian tindakan
g.ii. Rumusan hasil dapatan kajian
g.iii. Refleksi proses P & P
h. Cadangan untuk kajian seterusnya.

Konsep Kajian Tindakan
Konsep Kajian Tindakan berasal daripada usaha seorang ahli psikologi sosial yang bernama Kurt Lewin pada tahun 1946. Beliau mulai menggunakan pendekatan Kajian Tindakan selepas Perang Dunia Kedua dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah dalam komuniti dan mengutamakan tiga idea Kajian Tindakan yang penting iaitu:
‘Action research is a three-step spiral process of (1) planning which includes reconnaissance; (2) taking action and ; (3) fact-finding about the result of the action’-Kurt Lewin (1947)

Ketiga-tiga idea ini merupakan asas pendekatan Kajian Tindakan yang menegaskan usaha kolaboratif atau usaha sama kumpulan dalam meningkatkan mutu prestasi kerja (Kemmis dan McTaggart:1988). Hal yang demikian mengatakan bahawa pendekatan kolaboratif membolehkan mereka meluaskan skop pertanyaan soalan yang lebih tepat dalam mendalami masalah kajian yang sedang dilakukan.
‘We consider the possibilities of emancipatory and collaborative action research with practitioner that will, in the final analysis, enable us to extend the evaluative question’

Selain daripada menggunakan pendekatan kolaboratif, usaha sama kumpulan dimana semua pendapat akan diterima bagi mendapatkan maklumat yang sebenar dan tepat dalam menganalisis data turut sama .
‘out responsibility to create spaces for critical conversations in which practitioners voices can be heard’

Terdapat dua prinsip kajian tindakan yang dinyatakan oleh Abdul Ghalib b. Yunus (2007) dapat menyokong asas kajian tindakan yang telah diperkenalkan oleh Kurt Lewin. Prinsip tersebut adalah;
I. Sebagai kegiatan kitaran / gelungan yang terdiri daripada beberapa langkah (a spiral of steps
II. Dijalankan secara individu atau kolaboratif oleh satu kumpulan guru yang berusaha bersama-sama untuk membawa perubahan dan memperbaiki amalan kerja mereka.

Kemudiannya pada tahun 1953, Idea Lewin telah diperkembang oleh Stephen Corey di Teachers College, Columbia University, New York sebagai pendekatan penyelidikan yang diselenggarakan oleh guru-guru di sekolah.
‘Action research is a process by which practitioner attempt to study their problem scientifically in order to guide, correct and evaluate their decisions and action’- Stephen Corey (1953)

John Elliot (1976) dan rakan-rakannya pula menggunakan kaedah ini dalam Ford Teaching Project di United Kingdom sebagai pendekatan membantu guru mengembangkan usaha inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian Tindakan di Eropah dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha perubahan dan peningkatan mutu pendidikan di sekolah. Kemmis dan McTaggart telah mengembangkan Kajian Tindakan di Australia sebagai alat impirikal dan sistematik untuk meningkatkan prestasi guru di sekolah (Kemmis dan McTaggart:1988).

Sebagai kesimpulannya, definisi kajian tindakan boleh dinyatakan sepertimana yang penyataan yang dikeluarkan oleh North Central Regional Educational Laboratory
"Action research is inquiry or research in the context of focused efforts to improve the quality of an organization and its performance. It typically is designed and conducted by practitioners who analyze the data to improve their own practice. Action research can be done by individuals or by teams of colleagues. The team approach is called collaborative inquiry."-North Central Regional Education Laboratory.

Ianya merupakan satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Penyertaan (pengurus sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan perubahan dalam cara berfikir dan kesedaran yang baru. Usaha ini dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan memperbaik amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan. (Hanipah Hussin : 2001)

Rekabentuk Kajian Tindakan

Ref: http://www.scribd.com/doc/10430809/Definisi-Kajian-Tindakank3
http://www.scribd.com/doc/19921730/Kajian-Tindakan-konsep

Wednesday, November 4, 2009

Tugasan 3: Laporan Pembentangan Kolokium

Pembentangan 1:Tajuk: Meningkatkan Penguasaan Menulis Dan Membaca Jawi Di Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Melalui Kaedah Simulasi Komputer

Pernyataan Masalah:
1. Adakah kaedah simulasi dapat meningkatkan kebolehan pelajar mengenali huruf-huruf Jawi?
2. Adakah kaedah simulasi dapat membantu pelajar menyambungkan huruf-huruf Jawi dengan betul?
3. Adakah kaedah simulasi dapat membantu pelajar membaca tulisan Jawi?

Metadologi:
1.0 Simulasi komputer
Pelajar diberi peluang melihat animasi sebanyak 2 kali. Guru menunjukkan kepada pelajar cara menyebut huruf-huruf Jawi dengan betul sambil menunjuk animasi dan
pelajar diminta menyebut setiap huruf seiring dengan animasi.
2.0 Kad imbasan (Flash card)
Pelajar dipilih secara rawak untuk tampil di hadapan dan memilih huruf jawi dipadankan bersama perkataan di dalam Rumi
3.0 Lembaran
Setiap orang pelajar diberi satu set lembaran (jadual) huruf-huruf Jawi beserta penggunaannya di dalam perkataan. Pelajar diberi masa untuk meneliti lembaran tersebut sebelum diberi ujian.

Instrumen kajian:
-Borang pemerhatian guru
-Hasil lembaran kerja pelajar
-Borang temubual pelajar
-Ujian Jawi 1 & 2

Sampel Kajian:
28 orang Pelajar Tingkatan 2 SMKBBSL

Pengumpulan dan penganalisisan data:
1.0 Pemerhatian:
Para pelajar kelihatan lebih semangat, berminat dan memberi respon yang memberangsangkan di dalam bilik darjah dan menyertai aktiviti secara sukarela.Mereka juga tertarik dengan kaedah simulasi yang digunakan.
Pemerhatian dilakukan semasa proses P&P berlansung dan penilaian dibuat berdasarkan borang pemerhatian guru.
2.0 Temubual pelajar
Tujuan adalah untuk mendapatkan respon pendapat dan pandangan setiap pelajar terhadap aktiviti P&P tersebut.

Implikasi kajian:
1.0 Kaedah Simulasi Komputer:
Membantu pelajar untuk memperbaiki dan meningkatkan penguasaan membaca dan menulis Jawi dengan baik.
2.0 Kad Imbasan:
Membantu para pelajar yang lemah Jawi untuk mengenali dan mengingati kesemua 35 huruf-huruf Jawi.

Apa yang dapat dipelajari:
Melalui pembentangan ini, saya dapat mempelajari kaedah baru iaitu kaedah simulasi komputer yang menggunakan tayangan video untuk menarik perhatian dan minat pelajar untuk belajar. Selain itu, pendedahan kepada kaedah baru ini turut memberi idea baru kepada saya untuk menggunakannya untuk mata pelajaran yang lain.

Pembentangan 2:
Tajuk: Peranan Soal Jawab untuk Meningkatkan Penglibatan dan Minata Pelajar Dalam Subjek Biologi.

Pernyataan Masalah:
1. Sejauh manakah peranan soal-jawab pelajar dapat meningkatkan penglibatan dan minat pelajar dalam mata pelajaran Biologi?

Metadologi:
Pengenalpastian masalah pelajar, menganalsisi masalah, konseptualisasi masalah, pembentukan pelan tindakan dan instrumen kajian, pelaksanaan tindakan, pengumpulan dan penganalisasi data, refleksi dan penilaian.

Instrumen kajian:
-Ujian pos

Sampel Kajian:
50 orang pelajar dari kelas yang berlainan.

Pengumpulan dan penganalisasi data:
-Ujian pos : peratus pelajar mencapai gred A meningkat sebanyak 39%.
-Markah ujian : Ujian pre – 63.2%
Ujian pos – 78.1%
Peningkatan pencapaian menunjukkan peranan soal-jawab pelajar dapat membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan sesuatu topik dengan mudah.Implikasi kajian:

Implikasi Kajian:
Setiap pelajar dalam kumpulan terlibat secara aktif dalam perbincangan sesama sendiri dan bersungguh-sungguh semasa bersoal jawab.Pelajar memberikan komitmen yang terbaik untuk bertanya dan cuba memberikan jawapan yang terbaik.Pelajar berminat dengan aktiviti ini kerana mereka diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada rakan mereka sendiri.Mengurangkan rasa takut untuk bertanya.

Apa yang dapat dipelajari:
Melalui pembentangan ini, saya dapat mengetahui bahawa soal jawab memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dalam kelas. Pelajar perlu sentiasa digalakkan untuk bertanya dalam kelas supaya lebih memahami apa yang dipelajari. Selain itu, guru perlu sentiasa memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya supaya dapat membina keyakinan diri mereka untuk bercakap depan kelas dan juga meningkatkan penglibatan mereka dalam kelas.

Secara keseluruhan, banyak ilmu pengetahuan baru yang telah saya dapat melalui pembentangan kolokium ini terutama dalam penggunaan kepelbagaian kaedah yang dapat menarik minat dan penglibatan pelajar untuk belajar dalam kelas. Selain itu, penglibatan dalam kolokium ini turut memberi peluang kepada saya untuk melihat protokol dan perjalanan resolusi seperti cara pemberian dan ulasan cadangan, sokongan cadangan dan pengesahan cadangan yang diberikan.

Tuesday, October 27, 2009

Tugasan Kelas: 10 Sebab Mengapa Guru perlu menjalankan Kajian Tindakan????

1. Untuk mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi pelajar, punca-punca masalah dan cara-cara mengatasi masalah tersebut untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dan objektif pembelajaran tercapai pada akhir pembelajaran.

2. Sebagai panduan untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada dan sentiasa menyesuaikan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap penguasaan dan kebolehan pelajar supaya mereka dapat mengikut apa yang diajar dan mengurangkan kekecewaan mereka semasa tidak dapat mengikuti apa yang diajar.

3. Sebagai rujukan dalam membuat rancangan pengajaran harian, iaitu sentiasa mengiatkan tajuk yang diajar dengan kehidupan harian pelajar supaya menjadikannya lebih bermakna kepada pelajar dan mereka berasa apa yang dipelajari dalam kelas dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian.

4. Membentuk proses P&P yang dapat melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kuat, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selaras dengan keperluan negara maju 2020.

5. Sebagai asas kepada salah satu teras strategik PIPP iaitu memartabatkan profesion keguruan di mana peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan telah bertukar kepada sebagai guru sebagai pemudah cara dalam P&P, agen perubahan, dan sumber inspirasi kepada pelajar. Selain itu, guru turut harus kreatif dan inovatif dalam penyampaian P&P untuk menjadikannya efektif, menarik dan menyeronokkan.

6. Sebagai sokongan kepada pembentangan kaedah pengajaran yang berkesan kepada pihak sekolah atau guru-guru yang lain. Maklumat yang dikumpulkan perlulah dianalisiskan dalam bentuk statistik dan nilai-nilai tertentu supaya dapat mengukuhkan hasil dapatan yang dibuat dan memberi keyakinan kepada orang lain untuk menerima kaedah pengajaran yang dibentangkan.

7. Sebagai pembelajaran seumur hidup (Life Long Learning), sentiasa menambahkan pengetahuan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan diri menjadi katak bawah tempurung. Pengetahuan yang dapat daripada kajian tersebut turut dapat membantu guru dalam membuat penilaian, menganalisis, mensintesis dan mereka satu kaedah yang sesuai dan bermakna kepada pelajar.

8. Meningkatkan interaksi antara pelajar dengan guru-guru. Semasa pengumpulan maklumat, guru dapat menggunakan kaedah pemerhatian, temubual secara langsung atau tidak langsung, ujian, kuiz dan sebagainya di mana melalui aktiviti di atas, ia dapat mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar. Contohnya, kaedah temubual dapat memberi peluang kepada pelajar untuk meluahkan masalah mereka secara terus-terangan kepada guru dan guru dapat merancang tindakan susulan untuk mengatasi masalah pelajar tersebut.

9. Meningkatkan interaksi sesama guru, iaitu guru-guru yang telah membuat kajian tindakan tersebut bolehlah saling berkongsi pengalaman, proses dan hasil dapatan mereka antara satu sama lain. Selain itu, dorongan, sokongan dan kerjasama semasa perlaksanaan kajian tersebut turut dapat membina satu suasana yang harmoni dan bermanfaat kepada semua guru.

10. Perlaksanaan kajian tindakan turut dapat menjadikan profesion perguruan sebagai satu bidang yang mencabar dan tidak membosankan.

Sekian, terima kasih.