Sunday, November 8, 2009

Tugasan 1: Ulasan Buku- Apa Itu Kajian Tindakan?

APA ITU KAJIAN TINDAKAN???

The action of action research…implies change in people’s lives and therefore in the system in which they live
-
J. Mcniff and J.Whitehead (2000)

Action research is…conducted by…the people empowered to take action… for the purpose of improving their future action.
-Richard Sagor (2005)

Kajian Tindakan adalah:
Suatu aktiviti profesional yang berterusan dan berkitar dimana ia perlu diintegrasikan dalam kebiasaan seseorang dan bertujuan untuk penambanhbaikan.

Sesuatu yang praktikal kerana data yang dikumpul boleh membawa perubahan terhadap kelas atau sekolah dengan segera selepas kajian tersebut.

Melibatkan kerjasama antara guru dengan pelajar dan guru dengan guru. Setiap orang yang terlibat boleh mempengaruhi dan memberi sumbangan yang sama rata terhadap kajian

Sentiasa bersedia untuk memberi penyelesaian berdasarkan pendapat yang berlainan daripada peserta kajian tersebut

Bertindak sebagai agen perubahan seperti pertanyaan pelajar tentang kaedah pengajaran guru untuk mendapatkan maklum balas tentang kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan
(Buku: Practical Action Research For Change 2nd edition)

Kajian tindakan merupakan:
proses di mana manusia bertanya secara individu dan secara kolektif dalam kehidupan sebenar mereka, 'Bagaimanakah saya memperbaiki dengan apa yang saya sedang lakukan untuk kebaikan semua?’

kajian di mana penyelidik berada dalam situasi

Satu nama diberi berdasarkan aliran baru-baru ini dalam pendidikan dan penyelidikan sosial di mana "Saya" diletakkan sebagai pusat dalam proses-proses pertanyaan.

Satu bentuk kajian diri sendiri, atau pertanyaan sebagai orang pertama.
(Buku: You And Your Action Research Project)


Menurut Burns (1999), Kajian Tindakan adalah:
1. Kontekstual- ia mengenalpasti dan menyiasat masalah dalam situasi yang spesifik.
2. Ia melibatkan penilaian dan refleksi kerana ia bertujuan membawa perubahan dan penambahbaikan dalam amalan yang diamalkan.
3. Ia melibatkan pembelajaran kolaboratif antara rakan sekerja dan penyelidik kajian.
4. Perubahan dalam amalan adalah berdasarkan pengumpulan data dan maklumat yang menyokong kepada perubahan.

Prosedur Kajian Tindakan Proaktif:

Langkah-langkah Kajian Tindakan Proaktif
1. Menyenaraikan objektif yang ingin dicapai dan halangan-halangan yang perlu diatasi.
2. Mencuba amalan yang baru untuk mendatangkan kesan yang berlainan kepada pelajar atau membawa kesan yang lebih baik.
3. Pengumpulan data secara kerap dan berterusan untuk mengetahui tentang respon dan perubahan tingkah laku pelajar. Contohnya, soal selidik, pemerhatian dan temu bual.
4. Menyemak data yang telah dikumpulkan. Perbincangan mingguan untuk menganalisis hasil tugasan kerja kumpulan, pertukaran pendapat antara rakan sekerja dan pendedahan prosedur penilaian kepada persatuan ibu bapa.
5. Membuat refleksi dalam cara-cara alternatif untuk dipraktikkan. Guru membuat refleksi pada dulu, sekarang dan masa depan atas amalan yang diamalkan.
6. Ulang semula amalan. Guru melaksanakan idea-idea yang diberikan oleh rakan sekerja yang lain tentang kaedah pengajaran yang baru. Guru menyediakan penerangan kepada ibu bapa tentang portfolio penilaian.



Prosedur Kajian Tindakan Responsif:

1. Pengumpulan data untuk mendiagnos situasi sebenar- soal selidik, temu bual, pemerhatian
2. Penganalisasian data bertepatan dengan tajuk dan pemikiran idea-idea tindakan
3. Pembahagian data kepada orang ramai dan pemberitahuan tentang perubahan yang akan diambil
4. Senaraikan objektif yang ingin dicapai dan halangan-halangan yang perlu diatasi
5. Membuat percubaan amalan kaedah pengajaran yang baru untuk mendatangkan kesan yang berlainan
6. Pengumpulan data untuk mengetahui tentang bagaimana respon dan reaksi yang lain dan untuk mendiagnos situasi baru (mengulang balik dari langkah pertama)

3 Fasa Kajian Tindakan:
1. Fasa Permulaan


  • Richard Sagor (2005) mengelar fasa ini sebagai 'penyelidikan untuk tindakan'.
  • Dalam kajian tindakan proaktif, tindakan dimulakan sebelum pengumpulan data; oleh itu, penyelidikan merangkumi refleksi pada pengalaman lepas, pengetahuan sedia ada, dan perbincangan dengan rakan sekerja.
  • Dalam kajian tindakan responsif pula, pengumpulan data mendahului penyelidikan; oleh itu, penyelidikan untuk tindakan merangkumi pengumpulan data melalui soal selidik, temubual, pemerhatian dan dokumen.
  • Contoh:- pencarian dan penggunaan bahan kurikulum baru, diagnos kebolehan, sikap, konsep, perasaan, persepsi dan kemahiran pelajar, menilai bagaimana keselesaan dan keselamatan antara satu sama lain, pengenalan kaedah pengajaran yang inovatif.

2. Fasa Pengesanan

  • Fasa pengesanan melibatkan pemantauan dan pengubahsuaian tindakan dari semasa ke semasa.
  • Fasa ini melibatkan refleksi pada apa yang berlaku sekarang.
  • Sagor (2005) menamakan fasa ini sebagai 'penyelidikan dalam Tindakan' yang bersamaan dengan apa yang dinyatakan Micheal Scriven (1980) 'penilaian formulatif'.
  • Contoh:- temubual pelajar tentang tindak balas mereka terhadap bahan kurikulum baru yang dijalankan, memerhatikan bagaiman pelajar yang berlainan kebolehan, sikap, konsep, dan kemahiran bertindak balas secara berlainan dalam kelas, pengumpulan soal selidik sekali seminggu berkaitan dengan persepsi pelajar berkaitan dengan kaedah pengajaran inovatif.

3. Pengadilan

  • Dalam fasa ini, pengumpulan dapatan kajian secara keseluruhan sepanjang perjalanan kajian dan kesan ke atas pelajar.
  • Sagar (2005) menamakan fasa ini sebagai 'penyelidikan tindakan'. Pengadilan merangkumi refleksi pada apa yang berlaku lepas, ia merupakan satu inkuiri sistematik terhadap apa yang telah dicapai dengan perlaksanaan tindakan baru.
  • Contoh:- menjalankan ujian atas tahap kefahaman pelajar dengan kurikulum baru yang dijalankan, pemerhatian tentang bagaimana pelajar yang berlainan karakter bertindakbalas atas kepelbagaian tugasan yang diberikan, menguji tahap kefahaman pelajar dalam matapelajaran akademik seperti Sains, Matematik dan Sains Sosial.


0 comments:

Post a Comment