Sunday, November 8, 2009

Tugasan 2: Ulasan Jurnal Kajian Tindakan

Ulasan Jurnal 1: Action Research In The Secondary Science Classroom: Student REsponse To Differentiated, Alternative Assessment.

Abstrak:
Tujuan kajian ini adalah untuk belajar tentang pelajar persepsi tentang model pengajaran dan pembelajaran yang berbeza dan pelbagai. Dapatan kajian ini menunjukkan kebanyakan pelajar lebih berminat dalam penggunaan model pengajaran yang berbeza dan pelbagai berbanding dengan cara pengajaran tradisional.

Pengenalan:
Jurnal ini membincangkan perkongsian pengalaman penulis iaitu seorang guru Sains sekolah menengah yang telah menggunakan kepelbagaian dan kelainan cara pengajaran dan pembelajaran seperti projek, pembentangan, persembahan dan sebagainya untuk menguji reaksi pelajar terhadap kaedah pengajaran tersebut. Penulis telah bertindak memberitahu semua pelajarnya tentang cara perlaksanaan kaedah penilaian ini supaya mereka faham dan tahu akan apa yang perlu mereka lakukan.

Pelajar dari kelas yang dipilih dikehendaki membentuk kumpulan dan menyelesaikan lima tugasan yang telah diberikan. Di samping itu,guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan memberi penilaian terhadap tugasan pelajar. Semasa perjalanan aktiviti, guru turut akan memerhatikan perubahan tingkahlaku, kerjasama dan cara interaksi pelajar.

Metodologi Kajian:
1. Borang rubrik untuk menilai tugasan pelajar dari segi ketepatan, kebenaran, pendapat, perkaitan dengan bidang yang dipelajari, penerangan asal terhadap tajuk tertentu dan penilaian terhadap cara pelajar membuat implikasi sebenar yang dihapai dengan dunia sebenar.

2. Soal selidik terbuka

3. Kajian reaksi pelajar

Dapatan kajian:
1. Pelajar lebih berminat terhadap kaedah kepelbagaian tugasan ini berbanding dengan kaedah tradisional soalan aneka pilihan disebabkan mereka berpeluang untuk bekerja bersama dengan rakan-rakan yang lain dan memberi peluang kepada mereka untuk lebih kreatif. Selain itu, mereka turut merasa kaedah ini seronok, senang, kurang tekanan dan membantu dalam pembelajaran.

Kekurangan:
1. Tiada data yang didapatkan untuk menilai samada pelajar benar-benar lebih memahami apa yang dipelajari dan mendapat keputusan yang lebih baik dengan penggunaan kaedah ini.
2. Penggunaan sample kajian yang kecil.
3. Perbandingan kaedah yang hanya dibuat dengan soalan aneka pilihan sahaja tidak dapat memberikan gambaran yang jelas tentang reaksi pelajar terhadap kaedah tradisional yang lain.

Rumusan:
3 soalan yang dikemukakan untuk kajian yang akan datang:
a. Adakah pelajar mencapai kefahaman yang lebih tinggi?
b. Adakah terdapat satu pertalian antara cara pembelajaran pelajar dengan pemilihan penilaian?
c. Apakah peranan kaedah penilaian tradisional dalam kepelbagaian dan perbezaan
penilaian?

Ulasan Jurnal 2: Elementary Teachers' Teaching for Conceptual Understanding: Learning From Action Research

Abstrak
Kajian tindakan ini merekodkan pembelajaran guru terhadap tahap kefahaman pelajar. Kajian ini mengaji pandangan guru terhadap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains, pembelajaran guru tentang cara pengajaran mereka dan situasi yang mendorong pembelajaran guru melalui kajian tindakan. Metodologi kajian ini adalah perbincangan antara 14 orang guru berpengalaman, rakaman video persendirian, refleksi individu dan laporan kajian tindakan.

Pengenalan
Peranan guru sebagai pengkaji bukan setakat hanya merancang proses pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan proses P&P, malah ia turut melibatkan refleksi pada diri sendiri ( Cochran-Smith & Lytle, 1993; Kraft, 2002; Lytle & Cochran-Smith, 1990; Tabachnick & Zeichner, 1999) tentang proses P&P yang dijalankan supaya sentiasa mempelbagaikan kaedah pengajaran yang digunakan. Kajian mengenai tahap kefahaman pelajar merupakan perkara yang penting dalam mata pelajaran Sains. Guru perlu membantu pelajar dalam menstrukturkan idea mereka supaya setara dengan konsep Sains. (Vygotsky, 1986)

Metodologi Kajian
1. Kajian Tindakan: Projek Pengajaran Untuk Kefahaman Konsep Sains.
( 14 orang guru Sains)
Kajian ini telah berlangsung selama 8 minggu. Tujuan adalah mengenalpasti idea-idea dan penaksiran pelajar dalam Sains dan membangunkan pemahaman konsepsi pelajar melalui pengajaran.
Kajian ini mengandungi 3 fasa iaitu merancang, mengajar dan refleksi. 4 minggu yang pertama, guru-guru telah didedahkan dengan kepelbagaian kaedah pengajaran melalui pembacaan jurnal-jurnal tentang Pendidikan Sains. Selepas itu, guru perlu merancang satu siri pengajaran yang membantu pelajar dalam pemahaman konsepsi.
Guru-guru akan membuat rakaman video sepanjang proses P&P dan membuat refleksi tentang pengajaran mereka.
Guru akan menilai perkembangan pelajar melalui ujian yang dijalankan sebelum dan selepas proses pengajaran tersebut.

Dapatan Kajian
Melalui kajian yang dijalankan ini, hands on aktiviti dan penerokaan merupakan kaedah yang paling efektif kepada pelajar disebabkan pelajar dapat terlibat secara langsung terhadap apa yang dipelajari dan dapat memahaminya dengan lebih baik.

Rumusan
1. Guru menyokong bahawa kepentingan mendapatkan kefahaman awalan pelajar dalam pengajaran Sains dan kepelbagaian peringkat kefahaman epistomologi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar.
2. Guru mendapati bahawa kajian tindakan adalah satu cara bagi menilai proses pengajaran mereka dan sebagai panduan dalam menjalankan pengubahsuaian atas cara pengajaran mereka.
3. Guru mengetahui tentang kepentingan pembelajaran kolaboratif melalui perkongsian objektif, masalah dan cara penyelesaian untuk mewujudkan satu keadaan yang menggalakkan pembelajaran.

Ulasan Jurnal 3: Action Research and the Professional Development of Graduate Teaching Assisstants

Abstrak
Kajian ini mengkaji sama ada perlaksanaan kajian tindakan sebagai salah satu daripada seminar graduan dapat mempengaruhi pembangunan profesional pembantu pengajar yang mengajar dalam bahasa asing. Dapatan kajian ini menunjukkan pembantu pengajar telah dapat memperolehi kefahaman yang lebih mendalam tentang pelaksanaan kajian tindakan, lebih menghargai pembelajaran kolaboratif sesama lain dan didedahkan dengan amalan-amalan pengajaran yang baru.

Pengenalan
Kajian yang telah dijalankan sebelum ini menunjukkan bahawa pendidikan pembantu pengajar bahasa asing telah ketinggalan satu dekad berbanding dengan tenaga pengajar yang lain (Freeman & Johnson, 1998). Ia menunjukkan kekurangan perhatian yang diberikan dalam membantu mereka menaja pengetahuan tentang pengajaran, cara-cara pembangunan kemahiran mengajar, cara menghubungkaitkan teori dan amalan and bagaimana pengalaman lepas mempengaruhi sistem kepercayaan mereka.(Cochran-Smith & Lytle, 1993; Freeman & Richards, 1996)

Metodologi Kajian
Pemberian projek kajian tindakan antara 7 orang pembantu pengajar ( 5 perempuan dan 2 lelaki) yang mempunyai ijazah sarjana muda yang berlainan.
1.Pembacaaan profesional jurnal

2. Esei Refleksi

3. Projek Kajian Tindakan

Dapatan Kajian
1.Pembantu pengajar bahasa kedua ini telah mendapat ilmu pengetahuan dan kefahaman yang lebih mendalam tentang kajian tindakan. Mereka telah didedahkan dengan kepelbagaian pendekatan-pendekatan dan pembolehubah yang terlibat dalam perjalanan kajian.

2. Mereka lebih menghargai kerjasama antara satu sama lain dan pembelajaran kolaboratif sesama lain. Mereka dapat belajar sesama lain, berinteraksi dan berkongsi idea dan pendapat sesama lain.

Rumusan
Dapatan kajian telah menunjukkan pelaksanaan kursus kajian tindakan dalam pembelajaran ijazah sarjana muda dapat mendatangkan kesan yang positif dan mendadak dalam pembangunan profesional dengan perluasan persepsi mereka tentang kajian tindakan yang membantu mereka lebih menghargai kerjasama ahli dan dapat melaksanakan amalan pedagogi yang baru. Kajian tindakan memerlukan pemerhatian, penilaian dan refleksi yang sistematik merupakan unsur-unsur yang penting dalam pendidikan guru.


0 comments:

Post a Comment