Wednesday, November 4, 2009

Tugasan 3: Laporan Pembentangan Kolokium

Pembentangan 1:Tajuk: Meningkatkan Penguasaan Menulis Dan Membaca Jawi Di Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Melalui Kaedah Simulasi Komputer

Pernyataan Masalah:
1. Adakah kaedah simulasi dapat meningkatkan kebolehan pelajar mengenali huruf-huruf Jawi?
2. Adakah kaedah simulasi dapat membantu pelajar menyambungkan huruf-huruf Jawi dengan betul?
3. Adakah kaedah simulasi dapat membantu pelajar membaca tulisan Jawi?

Metadologi:
1.0 Simulasi komputer
Pelajar diberi peluang melihat animasi sebanyak 2 kali. Guru menunjukkan kepada pelajar cara menyebut huruf-huruf Jawi dengan betul sambil menunjuk animasi dan
pelajar diminta menyebut setiap huruf seiring dengan animasi.
2.0 Kad imbasan (Flash card)
Pelajar dipilih secara rawak untuk tampil di hadapan dan memilih huruf jawi dipadankan bersama perkataan di dalam Rumi
3.0 Lembaran
Setiap orang pelajar diberi satu set lembaran (jadual) huruf-huruf Jawi beserta penggunaannya di dalam perkataan. Pelajar diberi masa untuk meneliti lembaran tersebut sebelum diberi ujian.

Instrumen kajian:
-Borang pemerhatian guru
-Hasil lembaran kerja pelajar
-Borang temubual pelajar
-Ujian Jawi 1 & 2

Sampel Kajian:
28 orang Pelajar Tingkatan 2 SMKBBSL

Pengumpulan dan penganalisisan data:
1.0 Pemerhatian:
Para pelajar kelihatan lebih semangat, berminat dan memberi respon yang memberangsangkan di dalam bilik darjah dan menyertai aktiviti secara sukarela.Mereka juga tertarik dengan kaedah simulasi yang digunakan.
Pemerhatian dilakukan semasa proses P&P berlansung dan penilaian dibuat berdasarkan borang pemerhatian guru.
2.0 Temubual pelajar
Tujuan adalah untuk mendapatkan respon pendapat dan pandangan setiap pelajar terhadap aktiviti P&P tersebut.

Implikasi kajian:
1.0 Kaedah Simulasi Komputer:
Membantu pelajar untuk memperbaiki dan meningkatkan penguasaan membaca dan menulis Jawi dengan baik.
2.0 Kad Imbasan:
Membantu para pelajar yang lemah Jawi untuk mengenali dan mengingati kesemua 35 huruf-huruf Jawi.

Apa yang dapat dipelajari:
Melalui pembentangan ini, saya dapat mempelajari kaedah baru iaitu kaedah simulasi komputer yang menggunakan tayangan video untuk menarik perhatian dan minat pelajar untuk belajar. Selain itu, pendedahan kepada kaedah baru ini turut memberi idea baru kepada saya untuk menggunakannya untuk mata pelajaran yang lain.

Pembentangan 2:
Tajuk: Peranan Soal Jawab untuk Meningkatkan Penglibatan dan Minata Pelajar Dalam Subjek Biologi.

Pernyataan Masalah:
1. Sejauh manakah peranan soal-jawab pelajar dapat meningkatkan penglibatan dan minat pelajar dalam mata pelajaran Biologi?

Metadologi:
Pengenalpastian masalah pelajar, menganalsisi masalah, konseptualisasi masalah, pembentukan pelan tindakan dan instrumen kajian, pelaksanaan tindakan, pengumpulan dan penganalisasi data, refleksi dan penilaian.

Instrumen kajian:
-Ujian pos

Sampel Kajian:
50 orang pelajar dari kelas yang berlainan.

Pengumpulan dan penganalisasi data:
-Ujian pos : peratus pelajar mencapai gred A meningkat sebanyak 39%.
-Markah ujian : Ujian pre – 63.2%
Ujian pos – 78.1%
Peningkatan pencapaian menunjukkan peranan soal-jawab pelajar dapat membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan sesuatu topik dengan mudah.Implikasi kajian:

Implikasi Kajian:
Setiap pelajar dalam kumpulan terlibat secara aktif dalam perbincangan sesama sendiri dan bersungguh-sungguh semasa bersoal jawab.Pelajar memberikan komitmen yang terbaik untuk bertanya dan cuba memberikan jawapan yang terbaik.Pelajar berminat dengan aktiviti ini kerana mereka diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada rakan mereka sendiri.Mengurangkan rasa takut untuk bertanya.

Apa yang dapat dipelajari:
Melalui pembentangan ini, saya dapat mengetahui bahawa soal jawab memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dalam kelas. Pelajar perlu sentiasa digalakkan untuk bertanya dalam kelas supaya lebih memahami apa yang dipelajari. Selain itu, guru perlu sentiasa memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya supaya dapat membina keyakinan diri mereka untuk bercakap depan kelas dan juga meningkatkan penglibatan mereka dalam kelas.

Secara keseluruhan, banyak ilmu pengetahuan baru yang telah saya dapat melalui pembentangan kolokium ini terutama dalam penggunaan kepelbagaian kaedah yang dapat menarik minat dan penglibatan pelajar untuk belajar dalam kelas. Selain itu, penglibatan dalam kolokium ini turut memberi peluang kepada saya untuk melihat protokol dan perjalanan resolusi seperti cara pemberian dan ulasan cadangan, sokongan cadangan dan pengesahan cadangan yang diberikan.

0 comments:

Post a Comment