1. Pembentangan buku
2. Bagaimana data dari pelbagai sumber dan teknik dianalisis
Practical Action Research For Change (2nd Edition)
Pengumpulan Data
1. Soal selidik
Soal selidik adalah satu dokumen bercetak yang menyenaraikan kenyataan-kenyataan yang perlu dijawab oleh individu secara bertulis. Soal selidik boleh bertanyakan tentang fakta, perasaan, pemikiran, tingkah laku; ia boleh dijalankan samaada secara ringkas atau rumit; samada menggunakan soalan yang terus memberikan jawapan atau 'rating scale'.
Soal selidik fakta mempunyai maklumat yang berkaitan dengan pengetahuan sedia ada individu. Ia biasanya memberikan pilihan kepada individu untuk memilih jawapan yang bersesuaian atau individu dikehendaki untuk menulis sendiri jawapan mereka atas kertas soal selidik. Contoh soalan, 'berapakah adik-beradik anda?'
Soal selidik tentang perasaan mempunyai maklumat yang berkaitan dengan perasaan individu. Contoh, 'siapakah antara 3 orang pelajar yang anda paling sukai?' dan pelajar perlu menyenaraikan 3 orang pelajar yang paling disukainya. Selain itu, ia turut menggunakan 'rating scale' seperti Likert Scale yang mempunyai lima peringkat iaitu: sangat bersetuju, setuju, neutral, tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju.
Soal selidik berkaitan dengan pemikiran. Antara satu cara untuk menilai pemikiran pelajar tentang sekolah adalah dengan memberikan mereka menuliskan jawapan yang ringkas dalam soal selidik. Contoh, ' Saya dapat belajar dengan paling berkesan semasa.....', 'Kerja rumah adalah...', 'perkara-perkara yang paling baik pada kelas ini adalah ....'.
Soal selidik tentang tingkahlaku adalah untuk menilai persepsi pelajar tentang tingkah laku mereka dan ia biasanya dijalankan dengan frekuensi 'rating scale' iaitu kekerapan mereka melakukan sesuatu dalam satu masa tertentu.
2. Temu Bual
Temubual adalah perbualan secara lisan. Temubual terbahagi kepada formal dan informal. Antara kebaikan kaedah temubual adalah maklumat dan data yang dikumpulkan dapat diperjelaskan, hubungan antara guru dengan pelajar dapat dieratkan, membantu pengumpulan data dari individu yang tidak dapat menuliskan perasaan dan pemikiran mereka dan pengumpulan data dapat dilakukan melalui rakaman video.
3. Pemerhatian
Pemerhati biasanya memerhatikan dan merakamkan apa yang mereka lihat dan dengar. Pemerhatian ini terbahagi kepada pemerhatian secara langsung dan pemerhatian dengan menggunakan media. Pemerhatian secara langsung adalah di mana pemerhati akan berada di situasi tersebut dan memerhati, mendengar dan membuat rakaman. Manakala pemerhatian melalui media iaitu pemerhati akan membuat pemerhatian melalui rakaman video dan audio yang telah dirakamkan.
Antara kebaikan kaedah pemerhatian adalah pengumpul data dapat mengumpulkan data berkaitan dengan tingkah laku pelajar selain daripada persepsi dan perasaan pelajar, pengumpul data dapat melihat segelintir perkara-perkara yang tidak dapat dilaporkan dan pengumpulan data dapat dilakukan melalui rakaman video.
4. Dokumen
Dokumen yang berkaitan dengan kajian tindakan adalah laporan sekolah, suratkhabar dan jurnal persendirian atau diari. Dengan adanya dokumen, isi kandungan analisis dapat digunakan untuk kepelbagaian penggunaan. Antara kebaikan dokumen adalah data yang dapat dari dokumen tidak dapat dipengaruhi oleh pengumpul data dan perkara-perkara yang berlaku pada suatu masa dapat dipelajari secara objektif.
รูปแบบของสิว ผิวเป็นสิวง่าย สิววัยกระเตาะสิว
3 years ago
0 comments:
Post a Comment