Saturday, December 5, 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4- Kajian Tindakan

Berdasarkan kursus Psikologi Pendidikan/ Kaedah Mengajar/ Penaksiran Pembelajaran:
1. Apakah teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah (
http://tip.psychology.org/theories.html)
2. Bina kerangka teoritikal/ konseptual / operasional kajian

**Mesti selaras dengan pernyataan masalah dan tujuan/ objektif/ soalan kajian.

1) Pembelajaran Koperatif
Nenurut Kagan & Olsen (1992), Pk merupakan aktiviti pembelajaran dalam kumpulan yang berstruktur di mana pembelajaran bergantung kepada pertukaran maklumat secara sosial antara ahli kumpulan, setiap murid adalah bertanggungjawab atas pembelajaran individu dan juga ahli kumpulannya.


Johnson& Johnson dan Holubec (1993), menyatakan Pk sebagai pembelajaran dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 2 hingga empat pelajar yang bersifat heterogen untuk memaksimakan pembelajaran setiap ahli kumpulan bagi mencapai matlamat bersama.


Seorang lagi pakar dalam Pk, Slavin (1985), menakrifkan Pk sebagai pengajaran melalui kumpulan kecil yang heterogen yang berstruktur dan sistematik, beliau mendapati ia sesuai untuk semua mata pelajaran dan juga murid dari setiap peringkat.


Walaubagaimanapun, Pk bukan sahaja mengumpulkan semua pelajar supaya duduk bersama-sama untuk berkongsi bahan pembelajaran dan berinteraksi sambil menyiapkan tugasan yang diberikan guru. Menurut D.W.Johnson dan R.T Johnson (1989) dan Kagan (1992), Pk yang berkesan dalam proses P&P perlu memenuhi kelima-lima prinsip berikut:


a. Hubungan saling gantung yang positif
Setiap ahli kumpulan perlu mempunyai persepsi bahawa mereka perlu saling bergantungan untuk mencapai matlamat tugasan yang diberikan, kejayaan seseorang ahli merupakan kejayaan semua ahli kumpulan, kegagalan seorang ahli merupakan kegagalan semua ahli kumpulan.


Untuk mewujudkan suasana saling bergantungan antara pelajar, guru boleh merancang matlamat bersama untuk semua ahli kumpulan, memberi ganjaran kepada kumpulan sekiranya setiap ahli dapat mencapai kriteria yang telah ditetapkan.


b. Akauntabiliti individu
Setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab untuk menunjukkan pencapaian pembelajaran individu. Ini dapat dilaksanakan dengan penilaian berterusan terhadap pencapaian pelajar memberi ujian terhadap mereka atau memilih secara rawak beberapa orang pelajar untuk menjawab soalan yang ditujukan dan markah yang diperolehi diberikan kepada kumpulan.


c. Interaksi bersemuka
Untuk meningkatkan prestasi ahli kumpulan, ahli kumpulan perlu berinteraksi antara satu sama lain untuk berbincang, berkongsi maklumat dan memberi usaha terhadap usaha ahli kumpulan. Kedudukan tempat boleh disusun supaya setiap ahli dapat bersemuka.


d. Kemahiran sosial
Guru perlu mengajar kemahiran tersebut secara terancang dan teliti, antaranya ialah kemahiran berkomunikasi, mengurus konflik, memimpin, membuat keputusan, memberi galakan, mendengar dan mengikut giliran. Kemahiran sosial turut penting untuk mewujudkan interaksi yang berkesan antara ahli kumpulan dari budaya dan etnik yang berbeza.

e. Pemprosesan kumpulan
Ahli kumpulan menilai semula usaha mereka serta kemajuan pencapaian mereka. Ini membolehkan ahli kumpulannya berfokus pada matlamat utama, berusaha memperbaiki kemahiran sosial, memastikan semua ahli kumpulan mendapat maklumbalas terhadap sumbangan masing-masing dan mengingatkan ahli kumpulan supaya terus berusaha.2)




2) Teori Konstruktivisme
Menurut Bruner (1985) dan Von Glaserfeld (1980), ia merupakan proses pembelajaran menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia dan berpegang kepada konsep melalui pengalaman sedia ada pelajar yang akan membina kefahaman masing-masing tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan.


Dengan kata lain, teori ini menjelaskan bahawa setiap manusia akan menjana prinsip kefahaman dalam minda sebagai model mengikut pengalaman yang sedia ada supaya ia dapat disesuaikan dengan pengalaman baru yang akan diterima.


Ia juga melibatkan pengaplikasian kemahiran berfikir seperti menganalisis, mengintegrasi dan membuat refleksi serta membentuk kefahaman baru tentang sesuatu konsep dengan mengintegrasikan pengalaman sedia ada dan pengetahuan baru.


Ia menekankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar, guru berperanan membantu membina kefahaman pelajar melalui kaedah yang sesuai mengikut tahap kemajuan pelajar masing-masing.


Pelajar diberi peluang melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran agar mereka dapat mempelajari sesuatu dengan melibatkan diri dalam aktiviti kelas (Von Glaserfeld, 1996; Neo &Neo, 2002; Hirumi, 2002). Belajar itu adalah hasil usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk mereka.


Maka, pelajar bertanggungjawab untuk mencari pelbagai kaedah untuk memproses maklumat dan menyelesaikan masalah supaya mereka tidak menganggap guru sebagai pembekal maklumat tetapi hanya sebagai suatu sumber pengetahuan untuk membantu mencari maklumat dan menggalakkan berfikir serta berkomunikasi.


Mereka diberi peluang membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang dipelajari dan mencapai objektif pembelajaran mereka. Akhirnya, pelajar dapat belajar bagaimana menyerap dan memperoleh informasi baru yang dikehendaki untuk membina pengetahuan baru berasaskan pengetahuan sedia ada. (Wong et. al, 2003).


Kerangka Konseptual

Kerangka Operasional




0 comments:

Post a Comment