1. Untuk mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi pelajar, punca-punca masalah dan cara-cara mengatasi masalah tersebut untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dan objektif pembelajaran tercapai pada akhir pembelajaran.
2. Sebagai panduan untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada dan sentiasa menyesuaikan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap penguasaan dan kebolehan pelajar supaya mereka dapat mengikut apa yang diajar dan mengurangkan kekecewaan mereka semasa tidak dapat mengikuti apa yang diajar.
3. Sebagai rujukan dalam membuat rancangan pengajaran harian, iaitu sentiasa mengiatkan tajuk yang diajar dengan kehidupan harian pelajar supaya menjadikannya lebih bermakna kepada pelajar dan mereka berasa apa yang dipelajari dalam kelas dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian.
4. Membentuk proses P&P yang dapat melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kuat, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selaras dengan keperluan negara maju 2020.
5. Sebagai asas kepada salah satu teras strategik PIPP iaitu memartabatkan profesion keguruan di mana peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan telah bertukar kepada sebagai guru sebagai pemudah cara dalam P&P, agen perubahan, dan sumber inspirasi kepada pelajar. Selain itu, guru turut harus kreatif dan inovatif dalam penyampaian P&P untuk menjadikannya efektif, menarik dan menyeronokkan.
6. Sebagai sokongan kepada pembentangan kaedah pengajaran yang berkesan kepada pihak sekolah atau guru-guru yang lain. Maklumat yang dikumpulkan perlulah dianalisiskan dalam bentuk statistik dan nilai-nilai tertentu supaya dapat mengukuhkan hasil dapatan yang dibuat dan memberi keyakinan kepada orang lain untuk menerima kaedah pengajaran yang dibentangkan.
7. Sebagai pembelajaran seumur hidup (Life Long Learning), sentiasa menambahkan pengetahuan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan diri menjadi katak bawah tempurung. Pengetahuan yang dapat daripada kajian tersebut turut dapat membantu guru dalam membuat penilaian, menganalisis, mensintesis dan mereka satu kaedah yang sesuai dan bermakna kepada pelajar.
8. Meningkatkan interaksi antara pelajar dengan guru-guru. Semasa pengumpulan maklumat, guru dapat menggunakan kaedah pemerhatian, temubual secara langsung atau tidak langsung, ujian, kuiz dan sebagainya di mana melalui aktiviti di atas, ia dapat mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar. Contohnya, kaedah temubual dapat memberi peluang kepada pelajar untuk meluahkan masalah mereka secara terus-terangan kepada guru dan guru dapat merancang tindakan susulan untuk mengatasi masalah pelajar tersebut.
9. Meningkatkan interaksi sesama guru, iaitu guru-guru yang telah membuat kajian tindakan tersebut bolehlah saling berkongsi pengalaman, proses dan hasil dapatan mereka antara satu sama lain. Selain itu, dorongan, sokongan dan kerjasama semasa perlaksanaan kajian tersebut turut dapat membina satu suasana yang harmoni dan bermanfaat kepada semua guru.
10. Perlaksanaan kajian tindakan turut dapat menjadikan profesion perguruan sebagai satu bidang yang mencabar dan tidak membosankan.
Sekian, terima kasih.
รูปแบบของสิว ผิวเป็นสิวง่าย สิววัยกระเตาะสิว
3 years ago